Wednesday 24 February 2016

Kenangan

KENANGAN itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu TETAP hidup dalam KENANGAN..

Ada saatnya "KENANGAN" itu baik kalau di simpan sendiri tetapi justeru akan 'lebih baik' jika di kongsi bersama.. Walaupun kenangan itu tentang kesedihan ataupun kehampaan.. Agar beban perasaan yang selama ini menyesakkan dada kita dapat terbagi dan akan dapat menghilangkan sebahagian penderitaan yang kita alami disebabkan oleh kenangan masa lampau yang tidak pernah akan hilang....

Semalam adalah KENANGAN,
Hari ini adalah KENYATAAN,
Esok adalah IMPIAN,

Setiap insan inginkan KEPASTIAN,
Kenangan untuk disimpan,
Kenyataan untuk dihadapi,
Impian untuk diangankan,

Kadang² kenangan hendaklah dilupakan,
Untuk menghadapi kebenaran KENYATAAN,
Supaya impian yang diangankan menjadi kepastian,
Kenangan PAHIT dijadikan PANDUAN,
Yang MANIS jadikan PERINGATAN,
Kenyataan yang mudah jangan dipandang remeh,
Kenyataan yang sukar jangan diketepikan,

Impian menggunung memakan diri,
Tiada impian ibarat tiada sasaran,
Tidak kira SEMALAM, HARI INI atau ESOK,
Semuanya umpama sebuah RODA yang BERPUTAR,

Hari ini boleh menjadi semalam,
Esok sudah tentu menjadi hari ini,
Namun semalam TIDAK AKAN menjadi hari ini dan esok,

Kerana lumrah alam masa TIDAK DAPAT DIULANG kembali,
Untuk memberi peringatan kepada insan memperbaiki diri,
Di setiap langkah perjalanan menghargai detik dan ketika,
Agar tidak menjadi sesalan,
Manusia sering alpa hakikat semalam, hari ini dan esok,
Kerana keangkuhan menguasai diri dan fikiran.


Usah ditangis pada peristiwa semalam
kerana ia akan menjadi tragedi yang akan dikenang.

Usah juga dikenang tragedi semalam
kerana ia akan menjadi sembilu yang menikam.

Biarlah dia menjadi penumpang malam,
terus melukut bagi meraih impian di dunia yang bukan syurga...

No comments:

Mau Belanja Di WhatsApp Saja Mudah

WhatsApp.com